JIMAT DENGAN SEKALI KLIK SAHAJA..

Monday, March 28, 2011

Penyakit Merbahaya Akan Melanda Peminat Facebook...

 
berita kakihujan buat bukan berdasarkan pendapat diri sndiri sahaja, benda ni dah dibuat kajian di New York . Penyakit yg dimaksudkan ialah penyakit kemurungan. Kajian telah dibuat oleh university stony brooke New York, mendapati kalangan remaja akan berasa kehidupan harian mereka xkan sempurna jika xdpt luangkan masa utk meng"update" profile mereka berbanding dgn menyiapkan kerja yg sepatutnya. Kajian ini diberi nama "Padiatrics" iaitu kemurungan facebook. kejadian ni belaku akibat dari banyk habiskan masa d laman maya"facebook" dr melakukan kerja yg berfaedah.
-kajian ni juga disokong oleh sorg remaja bernama Abby Abolt brusia 16thn, dia berpedpat:
*pengguna facebook akan berasa sedih jika melihat 
(1)pengguna facebook lain mempunyai ramai kwn dari diri.
(2)kurang meng"update"wall didalam facebook sndiri.
dia juga berkata:
facebook ni umpama 1 pertandingan popular siapa yg mendapat permintaan menjadi kawan paling ramai, dia lh yg paling popular

kajian ini diketuai oleh Dr. Joanne Davela dari university yg sama pula berpendapt penghantaran e-mail, masej, mengupload gambar yg mengambil masa yg lama di facebook boleh menyebabkan emosi dalam diri manusia tergangu ...

Sunday, March 27, 2011

Malaysia Akan Mengalami Gempa Bumi....

 

Elok aku sebarkan dulu berita ni sebelum trjadi apa2..ni penting kpd semua rakyat di Malaysia terutama di Semenanjung, ini adalah berita yg mungkin meyebabkan 1 impak besar bagi rakyat Malaysia .. .. .. .. 
       -berita ni aku dpt dalam keratan akhbar kosmo...

berita penuh:

Rakyat kena sedia hadapi gempa

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Thursday, March 24, 2011

Besarnya Makna Sehelai Tudung Bagi Wanita

kisah ni aku amik dari 1 artikal yg benar2 membuatkan aku terpikir .. zaman sekrng yg bnyak wanita bertudung hanyalh mengikut gaya terkini tetpi bukan utk tuntutan agama iaitu utk menutup AURAT..so mintak2 selpaz ini korng pikir2 lh apa kesanya pemakaian tudung korng 2 dh smpurna @ x....??




           


"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. 

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. 

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" 

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. 

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. 

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? 

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! 

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. 

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. 

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... 

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) 

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" 

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati 

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik?? 

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya? 

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana? 

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita .. 

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. 

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami... 

Annisa: apakah hakikat tudung ? 


Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.. 

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka... 

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. 


Subhanallah ... 

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.

Monday, March 21, 2011

Koleksi Kasut Jalan Aku ...

sini aku nak kongsi koleksi kasut aku..hehehhe..
sume nii dibeli dgn harga yg sgt2 berpatutan ..
1-sneakers.
 kasut ni aku beli kat bundle, memg bnyak pilihan kat bundle nii n kebnykn kasut yg dijual adalah ori.. n kalo yg berminat kasut mcm niii korng bolh dptkn kat kedai di melaka..hehhehe..

2- Ferd Perry..

 kasut ni jugak aku beli di kedai bundle yg sama di melaka sagt2 murh ...kelihatan masih baruu n kalo nak beli yg beru kopekk dwett oiiii...hehhehe

3-Nike

 
ni pulak kasut yg dibeli dgn gaji pertama aku berkerja adeii..kasut paling aku syng niii...kasut ni aku beli kat Mid Vly..
dgn harga yg megejutkan aku ...aku amik jugk kasut nii ... dan usia kasut ni dah menjangkau 5tahun..serta selpazz kasut ni dibelilh aku suka kumpul kasut ...hehehe...
 
4-Asics....



ni kasut aku beli kat bazzar ramadan tahun lepaz di selangor....elok2 usha baju trusha lak kasut nii..hehehe.. wlpon dibeli dipasar ajee, kasut nii tahan,ringan, n kwn2 lain pon suka pakaii...

5-xxxx


aku beli kasut ni di Hi Style di melaka, kat kdai ni bnyak koleksi2 kasut yg terkini dgn harga yg sgt2 bepatutan ..bukan shja kasut yg dijual bah kan baju n seluar jugak ada dijual ... dan yg aku tahu kedai ni ad bnyak cawgan antranya Johor, Seremban ,KL, Selangor, Pulau Pinang..

-potongan 20%-25% jika ada kat ni-
 -ni hanyalh sebhagian kasut aku,, yg lain disimpan kat rumah di Kg..so kalo ada masa akan aku upload kasut2 yg lain 2 okkk-
...SELAMAT MEGUMPUL KASUT... 

Sunday, March 20, 2011

Pondan Thailand Jadi "Jantan"

 
Mesti semua kaum hawa yg terlihat pic kat atas tergugat sikit dgn kecntikat pmpuan celup ni kann...pape pon lepaz ni korng jgn risau mereka ni akan berubah menjadi lelaki sejati kembali ini kerana kerajaan Thailand dh membuat keputsan supaya golongan pondan juga tidak trkecuali dlm kerahan tentera...berita sepenuhnya dr kosmo 

Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera


Golongan pondan di Thailand tidak lagi dikecualikan daripada menyertai kerahan tentera berikutan pengenalan terma baru oleh Kementerian Pertahanan Thailand.


BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.
Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.
"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.
Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010.

Wednesday, March 16, 2011

Telefon Punca Lelaki Mati Pucuk


- Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya."Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

Sunday, March 13, 2011

Air Mata Seorang Nabi Mulia

Airmata Rasulullah - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya Naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya Sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua Sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru Mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak Mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah Membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.

"Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit Yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

"Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah Kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul Kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Friday, March 11, 2011

Tandas Yang Diminati Oleh Lelaki DiDunia

Tandas adalah tempat yg selalu digunakan oleh ramai org, keselesaan adalah amat petng dlm pemlihan tandas.Oleh yg demikian kakihujan nak kasi gmbaran tandas mcm mna yg disukai ileh kaum lelaki...???

1-tandas jenis ini adalah menarik minat lelaki utk membuang air, kerana sambil buang air kecantikan gadis dihadapan sangt diperlukan utk masa yg terluang itu.....

2-tandas ini pulak sesuai kpd mereka yg malu/segan utk buang air kecil dikhalayak ramai,jika semua tandas yg berpintu penuh mereka xkan segan utk buang air disini kerana "burung" mereka juga xkan kelihatan..hehheheehhe...

3-

4-bagi mereka yg suka menonton tandas ini sesuai utk anda..

5-tandas ini lak sesuai kepada mereka yg penakut...buang bahan2 kotoran ber 2 sambil berbual2 ...hehhehe
akuislam.com

6-ni pulak bg mereka yg gila game .. tandas ini akan dgunakan sprti biasa serta anda bolh melayan game kegemran anda...


Thursday, March 10, 2011

10 Bayi Unik/Pelik DiDunia

 Setiap hari jutaan bayi dilahirkan diserata dunia,xkira diMalaysia @ dimana2 jua akan ada bayi yg baru dilahirkan.Ibu dan bapa lah orang yang paling rasa bersyukur dengan kurniaan Allah yg xterhingga ini.Dengan melahirkan bayi, mereka akan dapat meneruskan keturunan mereka .Walaubagaimana pon tidak semua akan terjadi dengan apa yg kita fikirkan dan kita mahukan. Tidak semua bayi yang dilahirkan adalah sempurna ini oleh yang demikian kakihujan kali ini akan memaparkan 10 bayi unik yg jarang dijumpai

1-bayi paling kecil didunia.
Amillia tylor dicatat bayi yg paling kecil dunia yg pernah ditemui setakat ini.

2-bayi kembar berlainan bangsa.
kejadian ini adalah sangat pelik ini berlaku kepada bayi yg bernama kaydon dan layton richardson. bayi ini dalahirkan oleh ibu yg sama waktu,tarikh, rahim, yg sama namun bangsa yg berbeza..pikir2 kan lahh mcm mna ni bolh berlaku???

3-bayi berekor
bayi yg berekor ini dilahirkan di India pada 2001.Serta ekornya tunbuh 10inci selepas dia dilahirkan.

4-bayi lahir dengan 16 jari.
manusia normal akan lahir dengan lahir dengan 10 jari tangan dan 10 jari kaki .manakala bayi yg dilahirkan ini 16 jari kaki serta sama dengan jari tangan.bayi pelik  ini dilahirkan di China pada 5 November 2008

5-bayi sotong kurita.
akuislam.com
 bayi diberi nama Lakshmi Tatma ini dilahirkan di India mempunyai banyak kaki serta tangan dan ini meyerupai sotong kurita dan bayi ini juga dianggap sebagai Dewa Wisnu.

6-bayi berkepala 2.
bayi ini dilahirkan di Bangladesh pada tahun 2008

7-bayi katak.
akuislam.com
bayi ini lahir pada tahun 2006 dan bayi ini lahir dalam keadaan yang dipanggil "anencephaly". dan keadaan kelahiran bayi ini masih menjadi misteri dalam bidang kedoktoran dan perubatan.

8-bayi ular
bayi ini juga disebut sebagai "Ichthyosis Harlequin", dilahirkan di Gilgit Pakistan pada mac 2008. Kecatatan bayi ini merangkumi seluruh tubuh badannya dan bayi ini meninggal selepas beberapa minit dilahirkan.

9-bayi hamil.
Artikal kali ini jangan disalah anggap, ini kerana bayi ini hanya  lah membawa kembar parasit dalam badan nya, parasit ini juga telah dikeluarkan dan bayi ini kini hidup dalam keadaan normal.

10-bayi pramatang mati yg hidup semula.
kejadian pelik ini berlaku beberapa tahun lepas.sepasang suami isteri sedih dengan maklumat yg doktor berikan kepada mereka yg menyatakan bayi mereka telah meninggal dunia. siIbu mendukung bayi tesebut dalam dakapannya.selang beberapa jam kemudian bayi tersebut kembali hidup dan kini bayi tersebut hidup dalam keadaan sihat dan baik.

Keunikan kelahiran bayi ini semua adalah bukti keesaan Allah. kita sebagai manusia harus berfikir akan kejadian ini dengan perbuatan manusia sekarang dan petunjuk Allah yg diberikan kepada kita.so marilah kita pikir2kan ....????