JIMAT DENGAN SEKALI KLIK SAHAJA..

Friday, February 11, 2011

MAKANAN POPULAR DIMALAYSIA

MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG POPULAR DENGAN MASAKAN YANG SEDAP2 KALI INI KITA AKAN PELAJARI 4 JENIS MASAKAN YANG AGAK POPULAR DI SEBELAH UTARA MALAYSIA ...


NASI KERABU ADALAH RESEPI DARI NEGERI KELANTAN





Bahan Utk Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Bahan Utk Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (saya guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (saya guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada (saya tak buat ni)
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!
Utk Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka (saya tak buat ni..)
* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!
Ulam-ulaman & bhn lain
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan




NASI HUJAN PANAS





Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji buah tomato buah - cincangkan
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan - disimpul
1 kiub ayam
1 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin


Bahan untuk tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]


Bahan hiasan:
bawang goreng
hirisan daun bawang




Cara penyediaan:
Panaskan minyak sapi dan majerin dalam periuk. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik bau.
Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata. Tanak seperti masak nasi biasa.
Bila nasi hampir kering, titik pewarna pada tempat-tempat yang berlainan.
Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi tersebar cantik ke keseluruhan nasi.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.
Hidagan Nasi ini sesuai dimakan dengan ayam masak merah / rendang ayam@ daging / kurma ayam@ daging




NASI DAGANG YG POPULAR DI TERENGANU







Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )
Untuk nasi:


1 gantang(2.7kg) beras wangi (brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
1 - 2 sudu besar halba
Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong
1 sudu besar gula
  • segenggam garamUntuk lauk:
     4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
    Untuk Kuah:
    1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
    1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
    segenggam lengkuas setelah dihiris
    1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
    1 labu bawang putih (yang besar)
    2 inci halia
    3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
    1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
    kerisik dari 1/2 biji kelapa
    4 keret besar nisan
    santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
    2 inci kulit kayu manis
    Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
    Telur rebus: 12 - 13 biji


    Cara-cara memasak kuah: 

    semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
     masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
     masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)

    Cara-cara memasak nasi:

     beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.

    Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.




LAKSAM ADALAH MAKANAN YANG AGAK POPULAR DI KELANTAN





Bahan-bahan ( 2-3 orang )
 3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
>> Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
>>cili:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara
Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
 Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
 Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

2 comments: