ACARA YANG SETIAP TAHUN DISAMBUT OLEH SEGELINTIR PARA REMAJA PADA
14 FEBUARI IAITU HARI KEKASIH @ VALENTINE DAY , DILARANG OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) SAMBUTANNYA DIKALANGAN REMAJA YANG BERAGAMA ISLAM. LARANGAN INI HANYA DITUJUKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DINEGARA INI. JAKIM MELARANG SEKERAS-KERASNYA SEMUA ACARA YANG BERTEMAKAN HARI KEKASIH DISAMBUT. TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERKATA, LARANGAN ITU HANYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM MALAYIA DAN TIDAK SEPATUTNYA MENIMBULKAN KEKELIRUAN KEPADA KAUM LAIN.
BELIAU BERKATA LAGI NASIHAT LARANGAN TERSEBUT DALAM SUDUT AGAMA ISLAM SAMBUTAN HARIKEKASIH TIDAK SESUAI DISAMBUT SAMA SEKALI OLEH MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM.JADI KALO DAH KERAJAAN JUGAK MELARANG SAMBUTAN HARI KEKASIH INI DISAMBUT OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERUTAMANYA, FAHAMKAN LAH KENAPA LARANGAN INI DIKELUARKAN. KEPADA REMAJA2 DILUAR SANA YANG SUDAH MERANCANG UNTUK MEYAMBUT JUGA HARI KEKASIH INI ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KAUM ITU: KALO XPAHAM JUGA AYAT INI BOLEH MENERANGKAN MAKSUD AKU "SEBAHAGIAN DENGAN KAUM ITU" :
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)
“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib).
Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan ‘tashabuh’, menyerupai, meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur tersebut jauh-jauh.
( dan juga )
.Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)
Jelaslah daripada ayat-ayat di atas, setiap Muslim wajib mengikatkan seluruh perbuatannya dengan apa yang Allah telah turunkan dalam al-Quran dan Sunnah, dan dilarang keras kita mengambil hukum selain dari hal tersebut. Tidak dijadikan akidah Islam sebagai ikatan pemutus seluruh perbuatan manusia dewasa ini merupakan faktor kenapa ramai remaja sekarang terperosok dalam perbuatan haram, di samping itu ketidakfahaman mereka terhadap hal tersebut, dan budaya ikut-ikutan memainkan peranan ini.
No comments:
Post a Comment